Minggu
minggu yang lalu kami berkongsi pengalaman pahit ngeri dan dahsyat dari seorang
ibu tua berusia 70-an. Tergamak SIPENIPU kenakan seorang ibutua yang mungkin
sebaya ibunya sendiri. Kalau ramai yang bekata CINTA ITU BUTA, tentu sahaja
kami tidak akan setuju kerana ternyata hati sebenarnya yang buta. Sikap rakus, tamak dan khianat menyebabkan
SIPENIPU begitu. Memang tak pernah menghayati erti hidup yang sementara ini.
Hidup tanpa peraturan. Sementara ramai
mangsa diluar sana mengambil sikap berdiam diri kerana tiada tempat untuk
mengadu.
Pengalaman
kami sebagai mangsa penipuan agensi kerajaan memang memedihkan. Mereka dilindungi. Putar belitnya sejauh mata
memandang. Biro Pengaduan Awam yang
kononnya dibawah JABATAN PERDANA MENTERI sebenarnya tiada kuasa untuk bertindak
membantu mangsa penipuan seperti kami.
Kakitangannya sendiri menasihati kami agar mengambil peguam untuk
tindakan lanjut. Menurut mereka banyak
kes yang melibatkan wang tidak selesai.
Ini adalah refleksi dari tindak tanduk mereka kerana ada segelintir
jenis manusia yang boleh dibeli. Seperti pepatah anak anak muda zaman kini
"ADA DUIT APA PUN BOLEH BELI! CUMA MAK/BAPAK JE TAK ADA DIJUAL" Malahan ada yang memang sengaja menjual maruah
diri. Contoh paling ketara ketika kami
berurusan dengan RISDA PONTIAN pada 10hb.Febuari 2011@15:42:15 HASYIM yang mengaku sebagai pembantu AINI
RUHUMA ABDULLAH pernah menyoal kami dengan berkata "TAK ADA BAJET KE ATAU
BELUM ADA BAJET"? Itulah hakikat
dan kebiasaan mereka sejak sekian lama.
Barulah kami sedar yang kami sebenarnya tidak mengikut rentak mereka dan
mengakibatkan kami tidak mendapat bantuan TSGL 2010 walaupun telah diluluskan
Julai 2010 lalu. Sepatutnya kami MASUK
KANDANG KERBAU MENGUAK DAN MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBIK.
Kami ada
menghubungi SPRM Johor berhubung perkara berkaitan namun menurut pegawai
tersebut tiada unsur rasuah dan ianya cuma diangap sebagai satu kecuaian/salah
faham saja. Nampaknya kecuaian dan atau
salah faham antara pemohon TSGL [RISDA Replanting Scheme] menjadi perkara biasa
yang mungkin berlaku sekian lama di Pontian khususnya dan diseluruh negara
amnya. Cerita dongeng berkenaan isu yang
sama memang sering kita dengar tetapi
tidak diketengahkan untuk pengetahuan umum. Walhal ia telah menjadi duri dalam
daging sejak sekian lama. Masyarakat
umum pula rela ada gunting dalam lipatan/musuh dalam selimut/musang berbulu
ayam dan yang lebih mengerikan bila merelakan pagar makan padi. Tapi yang menghairankan mereka mereka ini
dilindungi. Buat laporan tiada tindakan. Masukan cerita dalam akhbar begitu juga. Nak ambil peguam? Bukan semua orang macam kami
berkemampuan. Khabarnya kos guaman pula
dah naik. Jadi orang orang seperti kami
bertambah tidak mampu untuk mendapat khidmat guaman.
Penipu
penipu ini merancang dengan teliti dan mengenalpasti mangsa. Khabarkan pada orang kampung kononnya ada
bantuan tanam semula. Nasihatkan agar
memohon. Luluskan. Tapi khabarkan nanti peruntukan dah habis dan
atau kerajaan tarik balik. Pemohon
melopong. Peruntukan yang dikatakan
habis/tarik balik itu akhirnya jadi milik sipenipu itu. Hantar lapuran keibu pejabat dan nyatakan matlamat telah
dicapai hingga melebihi sasaran.
Imbuhannya tentulah bonus tahunan,anugerah khidmat cemerlang dan
kenaikan pangkat. Sementara mangsa yang
ditipu tiada siapa ambil peduli. Memang
perkara sebegini nampaknya remeh dan tidak memberi kesan bagi mereka yang
berpendapatan tinggi namun ianya menjadi beban/tekanan kepada orang susah
seperti kami. KALAU LEMBU DIPEGANG PADA
TALI TAPI MANUSIA PADA JANJI. Tapi
manusia jenis penipu ini tiada pantang larang.
Telunjuk lurus kelingking berkaitan.
Lempar batu sembunyi tangan. Apa
saja asalkan jadi duit.
Hakikatnya
patutkah kita biarkan gunting dalam lipatan/musuh
dalam selimut/musang berbulu ayam dan pagar yang makan padi ini terus
menipu? Menggunakan kepakaran mereka
sejak sekian lama untuk menipu orang susah seperti kami. Generasi ke generasi amalan mereka diteruskan dan
mungkin juga anak cucu kita pula nanti
bakal menerima nasib yang sama. KENA
TIPU PUN TAK APA.
Ulahan:
Utar
6hb
Disember 2011@19:05
No comments:
Post a Comment